}

Monday 27 May 2013

Jahil

Jahil?aku akui yang aku memang jahil bab agama.walaupon luaran nampak seperti aku tahu semua bab agama nie.... tapi sebenarnya x...dan aku malu gila bile aku x reti benda yang simple giler...
SOLAT JAMA' DAN QASAR..

Aku mula sedar yang aku jahil agama bila aku ada trip untuk study aku kat Pahang and konvo kat Dungun.Aku x tahu langsung nak sembahyang jama'....waktu tu aku rasa hina gila rasa macam nak lari terjun laut...over giler minah nie ...so balik dari trip aku terus tanya rommate ak mcm mana nak sembahyang jama'...

Cnie aku bagi sertakan sedikit sebanyak panduan tentang niat Qasar dan Jama.hope ianya menjadi panduan untuk aku dan korang jugak..semoga Allah merahmati diri aku dalam menjalani proses pembaikan diri kearah yang diradhai-NYa...
1.5. Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)
 
2. Solat Jama’
 
2.1 Takrifan Solat Jama’ terbahagi kepada :
 
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
 
ii. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
 
2.2 Syarat Solat Jama’
 
2.2.1 Solat Jama’ Taqdim
 
i. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
 
ii. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
 
iii. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
 
iv. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
 
v. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
 
2.2.2 Solat Jama’ Ta’khir
 
i. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
 
ii. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
 
2.3 Contoh Niat
 
2.3.1 Jama’ Taqdim
 
i. Jama’ Taqdim Empat Rakaat
 

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

 
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
 
ii. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
 

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

 
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
 
2.3.2 Jama’ Ta’khir
 
i. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
 

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

 
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)
 
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
 

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

 
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

No comments:

Post a Comment